31 Oktober 2009

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN




01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;


02. Sabar apabila mendapat kesulitan;


03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;


04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;


05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;


06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;


07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;


08. Jangan gusar dengan kekayaan orang;


09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;


10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;


11. Jangan tamak kepada harta;


12. Jangan terlalu berangan akan sesuatu kedudukan;


13. Jangan hancur kerana kezaliman;


14. Jangan goyah keranafitnah;


15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.


16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;


17. Jangan sakiti ayah dan ibu;


18. Jangan usir orang yang meminta-minta;


19. Jangan sakiti anak yatim;


20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;


21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;


22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);


23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;


24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;


25. Biasakan solat malam;


26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah;


27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;


28. Sayangi dan santuni fakir miskin;


29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;


30. Jangan marah berlebih-lebihan;


31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;


32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;


33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;


34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;


35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;


36. Jangan percaya ramalan manusia;


37. Jangan terlampau takut miskin;


38. Hormatilah setiap orang;


39. Jangan terlampau takut kepada manusia;


40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;


41. Berlakulah adil dalam segala urusan;


42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;


43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;


44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;


45. Perbanyakkan silaturrahim;


46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;


47. Bicaralah secukupnya;


48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;


49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;


50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;


51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;


52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;


53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;


54. Hormatilah kepada guru dan ulama;


55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;


56. Cintai keluarga Nabi saw;


57. Jangan terlalu banyak hutang;


58. Jangan terlampau mudah berjanji;


59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;


60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;


61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;


62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;


63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;


64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;


65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;


66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;


67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;


68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan


69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.


70. Jangan melukai hati orang lain;


71. Jangan membiasakan berkata dusta;


72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;


73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;


74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;


75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita


76. Jangan membuka aib orang lain;


77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;


78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;


79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;


80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;


81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;


82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;


83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;


84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;


85. Hargai prestasi dan pemberian orang;


86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;


87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.


88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;


89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;


90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;


91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;


92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;


93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;


94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;


95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;


96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;


97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;


98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;


99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.







30 Oktober 2009

BATASAN DALAM BERGURAU

Dari : Riwayat Abu Daud Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!
Huraian :
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata yang sepatutnya...:)

TANDA JATUH CINTA


Rasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akan sentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan. Namun mengalami cinta umpama bermain api. Jika tahu mengendalikannya, selamat diri. Jika tidak, terbakar hangus dan merana diri. Remaja dan belia bahkan yang sudah berumahtangga pun akan mengalami cinta. Semuanya kerana cinta tidak mengenal usia dan latar belakang. Cinta boleh terjadi bila-bila masa. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 30 tanda jatuh cinta di bawah ini supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya. Terpulang sama ada mahu teruskan pemburuan cinta, mengalami percintaan atau menghindari cinta. Asalkan anda bahagia.

1. Sukar melelapkan mata Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
2. Perasaan sentiasa berdebar Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.
3. Suka ambil tahu Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.
4. Resah gelisah Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.
6. Hobi baru, termenung Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.
7. Dating Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.
8. Rindu. Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.
9. Bergayut di telefon Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
10. Berubah citarasa Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.
11. Memberi hadiah Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.
12. Awal ke tempat kerja Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.
13. Lebih rajin Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.
14. Menjaga penampilan Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.
15. Defensif Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16. Merajuk Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.
18. Sentiasa kata ‘Ya’ Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi orang lain Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
21. Prihatin Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.
23. Inginkan persamaan Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.
24. Sumber ilham Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
30. Bertekad memilikinya Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

TIPS MENGEKALKAN SEBUAH PERSAHABATAN

• Saling Memberi Kebebasan

Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya.
• Saling Menahan Rasa Cemburu
Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...
• Saling Memahami

Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia.
• Saling Mengalah

Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.
• Saling Memberi Kemaafan

Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

TIPS MENGAWAL PASANGAN YANG CEMBURU

Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain.

4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.

5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.

6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua.

CARA MENGATASI SIFAT CEMBURU

Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni..


1. Terima hakikat bhw sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.


2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.


3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.


4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.


5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.


6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain?


7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.


8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut.


9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain.


10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka.

TANDA-TANDA CEMBURU

Tips Cemburu
Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Banyak jenis cemburu... Ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, dah tentu ramai yang menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi fikir-fikirkanlah yg mana baik & yg mana buruk.
Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita? Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.
2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.

3. Dia menuduh sesuka hati bhw kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.

5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.

7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita.

8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa.
9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.

11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.

PERSOALAN:KENAPA LELAKI MASIH MEMBUJANG?

1. "Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.
2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin". Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

3. "Susah laa nak cari yang berkenan dihati". Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4. "Tak datang seru lagi kot". Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

5. "Banyak sangat halangan". Padahal diri belum bersedia.

6. "Belum bersedia la". Padahal cukup segala syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la". Padahal dah ada master atau PHD.

8. "Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je. Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri". Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari ilmu secuk! upnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.
9. "Dah mencubalah tapi telah dikecewakan". Padahal tak reti pun nak bercinta.

10. "Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la". Padahal tak buat kerja apa pun.

11. "Busy la, banyak kerja ni". Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

12. "Jodoh tak sampai lagi kot". Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

13. "Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

14. "Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita kehulu kehilir". Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita s! uka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka". Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara yang org lain tak suka.

16. "Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la". Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

17. "Lelaki nie suka pasang ramai org sangat". Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". Padahal pentingkan diri- sendiri.

19. "Nak carik yang solehah/soleh lah". Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je". Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat". Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada! yang kaya saja.

22. "Masalah la". Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la". Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab dating selalu. Memang dah dungu dah....( kueng kueng kueng....:o) )

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum. (huhuhu)

25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka, jimat duit sikit". Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing". Padahal makan hati banyak sangat, sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.

27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. Me! mang dah tak ader jodoh kot". Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada org lain,suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka berjudi, suka tikam nombor ekor dll

28. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah". Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah.

60 PETUA MENDAPAT PASANGAN

Petua Untuk Mendapat Pasangan
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

KATA-KATA IMAM AL-GHAZALI

Seseorang yang kehilangan hasrat untuk mengetahui ilmu adalah semisal orang yang kehilangan nafsu makan, atau seperti orang yang suka makan roti yang bercampur dengan tanah liat.
Jika seseorang tidak mengetahui jiwanya sendiri yang paling dekat kepadanya, maka apa gunanya ia menuntut pelbagai macam ilmu yang beraneka ragam itu?

Apabila cinta kepada Allah sudah sempurna, maka tidak ada sesuatu kesenangan yang dapat melebihi kesenanagan dalam melakukan ibadah.

Alam yang maha luas ini adalah kitab, syair, lukisan, ukiran dan bangunan yang penuh keindahan dan rahsia. Tidak terbatas tentunya ilmu dan kekuasaan Penciptanya.
Setiap yang indah itu dicinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu. Bahagialah orang yang telah sempurna cintanya kepada Dia. Kesempurnaan cintanya itu ialah kerana ia menginsafi tanasub (persesuaian) batin antara dirinya dengan Dia.

Membantah sesuatu keterangan sebelum mengerti benar-benar hakikat keterangan itu, hanya akan menjadi bantahan serampangan saja.

Ilmu hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada dunia. Barang siapa takut akan hal ini, maka ia tidak akan melepaskan yang lebih utama untuk mengambil yang nista.

BELAJAR BERSYUKUR

"Sesungguhnya kita patut bersyukur..."

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu
bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
marilah kita bersama-sama belajar untuk bersyukur...:)