08 Ogos 2009

JANGAN ADA BENCI DALAM HATI


Jangan Ada Benci Di Hati

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci
jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.

Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

Kaedah Mengikis Benci

Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka,memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman
secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan
Dalam Pergaulan

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi
dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada
kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan
umum yang lain.

2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang
(walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada
orang di sekeliling kita.

4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang,
senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea,
pandangan,sokongan moral dan doa yang berterusan.

5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w.
pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum
kita memarahi orang.

6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang
lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi
dengan kita.

7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang
-menyayangi antara satu dengan yang lain.

Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap
masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan
orang lain rasa mual terhadap kita.

9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan
insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.

10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau
benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri
kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke
pangkal jalan apabila mengingati mati.

11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah
swt.

12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada
orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan
hubungan sesama manusia.

13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu
yang memerlukan simpati dan perhatian.

14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan
sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.

16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah
dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan
memperbaiki diri kita.

Tiada ulasan: